Saturday, November 7, 2009

Bagus ke Perniagaan M.L.M ni?

Assalamualaikum, pernah dengar x bisnes MLM? Rata2 orang yang ingin menjadi jutawan dengan cepat dan mudah tanpa perlu berusaha gigih biasanya akan menyertai bisnes jenis ini. MLM ni merupakan perniagaan yang memerlukan kita mencari downline eberape banyak mungkin. Makin banyak downline kita, makin banyak komisyen yang kita dapat.


Berkaitan dgn diriku pula, baru2 ini, ada seorang kawanku ajak aku untuk masuk perniagaan jenis MLM ni. Mula-mula aku mmg x berminat dgn perniagaan ini kerana aku tidak berminat bisnes yang memerlukan kita mencari orang2 ni…ha3. Tetapi setelah didesak, aku akur je la. Tapi aku x masuk pun, dia ajak aku dgr ceramah taklimat dari orang2 MLM ni… haha, aku dari awal2 lagi dah pasang niat x nak masuk benda ni walaupun dipaksa mcmana pun. Aku ingat nak bagi ceramah kat diaorang yang MLM ni banyak keburukannya.. tapi sesampai aku ke tempat diaorang, fuh!!! Banyak gila member2 yang melakukan bisnes ni. So aku simpan je la hasrat aku itu. So mlm tu aku dgr la ceramah diaorang… nak dekat 3 jam gak ar… habis ceramah tu aku pun cakap ar nanti aku pikirkan balik. Tetapi YaALLAH, diaorang paksa aku suh sertai bisness ni mlm tu jugak…!!! Nasib baik la prinsip hidup aku ni agak kuat gak ar… pas sorang2 pujuk aku suh masuk benda ni tp aku cakap x nak masuk mlm ni lagi. Tunggu la aku buat keputusan aku ckp. Aku nak kaji dulu bisness ni. Tu alasan aku. Aku mmg cmtu pun, nak decide sesuatu yang besar, x boleh terburu-buru.. kena tgk baik buruk dia jgk kan.. tp mlm itu, aku rasa aku la customer diaorang yang paling keras kepala (hahaha) dan menolak ttg bisnes tu.. aku datang dgn sorang lagi member target diaorang. Tp dia bila dah dengar, terus berminat dan sertai bisnes ni. tu ar. Bila lama2 diaorang oun give up ah dgn aku… hahaha


Sebenarnya kan, banyak keburukan daripada bisnes jenis ni.. salah satunya, perlu cari orang. Dah la cari orang pastu nak paksa2 suh masuk plak. Xkan tu smua x diajar dalam islam? Hbis tu nak suh orang masuk, guna modal “cara pendekatan cara nabi berdakwah”. Kepala hotak dia…!!! Nabi berdakwah pun xde la sampai nak paksa2 orang kafir masuk islam. “bang tolong bang masuk islam”, ada ke camtu? Ni nak paksa2 orang masuk bisness tu. Gila la guna cara pendekatan tu, salah tau. Jangan dibuat main2.. lagi satu, before aku buat keputusan nak sertai ke x bisness ni, aku ade la rujuk laman web ustaz zaharuddin ” www.zaharuddin.net - Multi Level Marketing Menurut Shariah”. Dalam laman web ni ada menyatakan bisnes jenis ni ada unsur2 riba dan juga syubhah. Betul tu. Pas aku baca laman web ni, baru lah aku buat keputusan untuk TIDAK menyertai bisnes ni.hahaha… baru tergerak hati aku nak buat keputusan. bisness kawan aku tu ada 2 sumber pendapatan, satu perniagaan laman web, macam bukak kedai kat internet dan satu lagi pendapatan komisyen hasil dari kita cari orang jadi downline kita. Bisness MLM yang kwn aku syorkan kat aku tu aku berminat tetapi aku berminat dgn perniagaan internet dan bukannya cari orang(downline)… tu ar.. masalahnya bisness tu main aktiviti dia cari orang, bukannya perniagaan internet.. adui, kalau perniagaan internet tu jadi aktiviti utamanya, dah lama aku sertai bisness tu.


Mmg aku x suka cari-cari orang ni. Sukar rupa-rupanya. Kawan-kawan aku ada yang masuk satu bisness lain, berbentuk MLM gak, diaorang semua nampak cam menyesal je… hmmm, nasib baik aku x terjebak… aku kesian kat kawan2 aku yang terpaksa nak hbiskan barang2 yang mereka kena beli bila nak join bisness ni. Dah la kena keluarkan modal banyak, pastu nak kena jual plak barang2 tu. bila hati dah give up, mmg x jalan la smua. Barang x terjual, nak cari downline pun malas...


Cadangan aku, buat mereka yang belum lagi terjebak dgn perniagaan ini, carilah kebenaran. Kaji dulu bisnes ni nature dia mcmana. Lagi satu buat yang beragama islam, mencari yang halal itu wajib. So kaji bisnes ni samada sumber pendapatan yang kita dapat tu halal ke haram. Jangan la pendapatan kita tu haram kerana x takut ke darah daging kita dibakar api neraka?? Sekadar mengingatkan je. Aku suggest korang baca la laman web ustaz zaharudin tu, www.zaharuddin.net - Multi Level Marketing Menurut Shariah. Dlm lmn web tu pun ada cakap, klau cari downline, kalau orang yang keseratus buat kerja, orang yang ke-2 tu pun dapat komisyen tanpa ada usaha, tu namanya riba tau. X caya baca dalam laman web tu. setiap hasil ada usahanya. Memang lah lumayan kalau buat bisnes ni. Siap boleh jadi jutawan lagi. Pastu beli kereta mahal2 n tunjukkan kat orang.huh, senangnya hidup. Tp kereta tu dibeli dgn duit halal ke? Sure halal? Fikirkan la. Honstly, aku x pandang pun orang camtu. Duit banyak mana pun aku x kisah la. Tu Dalam apa yang aku blaja pun ada cakap (entrepreneurship 300), islam x tgk hasil pada akhir bisness kita(Profit) tetapi juga tgk pada mcmana kita buat dan dapat profit tu. Lagi satu, ustaz tu pun cakap banyak perkara tidak jelas dalam perniagaan ni. Duit? Mana company tu dapat nak bagi komisyen kpd orang ke-2 walaupun orang ke 200 buat kerja??? Huh, aku nasihat nak buat bisness, buat bisness yang kita nampak barang yang kita jual. Contohnya, perniagaan burger “aku bagi ko burger, ko bagi aku duit”. Kan kita nampak duit tu cmana kita dapat. Ni kalau MLM, kita buat kerja pun kita dapat duit, kita goyang kaki pun kita dapat duit. X ke pelik tu?


Yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang buruk tu datang daripada diri aku sendiri. Apa2 yang pembaca nak argue aku x boleh nak buat apa2, sekadar menasihatinya. Yang dah terlibat, teruskanlah kalau anda rasa jalan anda diredhai ALLAH. Apa2 nak argue, rujuk dulu laman web ustaz zaharuddin. www.zaharuddin.net - Multi Level Marketing Menurut Shariah. Peringatan sekali lagi, jangan paksa2 orang dalam membuat perniagaan. Wallahualam…

2 comments:

  1. ko da t'slap tlis kowt..
    y baek dr ko n y bruk dr Allah..
    sepatutny t'blikk an???

    ReplyDelete
  2. .: berkobar-kobar jugak lepas baca post nih. sebenarnya mmg ada join pun, time tu cuma tau nak cari duit xkisah mcmana sekalipun.. dahsyat betul bila tkenangkan balik, betapa rendahnya iman bila fikir pasal duit... :-(

    err, sbnrnya btul apa yg Izwan tulis tu. manusia tak perfect, jd tak blh mngaku kebaikan dtg dari dia, berbuat keburukan tu mmg manusia ada. Allah je yg perfect, jd yg baik itu dr Allah, yg buruk dr diri sendiri (kita).

    Wassalam.
    :.

    ReplyDelete