Thursday, November 5, 2009

My own business...

Assalamualaikum. Kembali lagi aku dalam edisi hari ini. Entah bagaimana sejak akhir-akhir ini darah bisnes telah meresap ke dalam diriku. Aku terfikir-fikir bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?? Haha… mungkin kerana aku telah berjinak-jinak berniaga topup di kolejku. Memanglah untungnya x seberapa tetapi tujuan utama aku berniaga bukan kerana untung. Sebenarnya aku berniaga topup ni sebagai permulaan untukku berniaga benda yang lagi besar.hahaha. orang cakap nak ambil “feel” dalam buat bisnes ni. Berniaga topup mmg untung kalau betul2 dibuat tapi aku x publishkan benda ni. Aku hanya berniaga dalam kalangan kawan-kawan aku jer. Tu pun dah dapat untung byk.. kalau aku publish kat kolej ni cmana?? Tapi tu la macam aku katakan tadi, berniaga topup ni sekadar nak amik “feel” berniaga sahaja, sekadar nak dapat mengalaman menguruskan perniagaan. Pada mulanya memanglah agak sukar melakukan bisnes ni kerana perlu pergi deposit duit tiap2 kali stock habis. Tetapi bila lama-lama benda yang sukar menjadi mudah. Mula-mula dulu aku guna modal seratus je. Huh, memang susah sebab 10 orang beli topup dah hbis da stok. So kena la pi deposit duit tiap-tiap hari.haha.tp skg modal dah meningkat dan senang skit nak uruskan perniagaan.

Hari ini aku terfikir untuk melakukan bisnes lain, yang memerlukan modal yang banyak n profit pun banyak la.. dalam financial accounting cakap, high risk, high return. tapi aku x dapat cari apa perniagaan itu. So aku contact la sorang kawan aku ni. Aklu kenal dia masa edu-camp di UTP tahun lepas. Dia merupakan idola aku kerana dia merupakan salah seorang orang besar catur di Kelantan. Haha, bagi mereka yang tahu, dialah yang dimaksudkan. Family dia smuanya orang kuat catur. Ish, aku x nak cakap pasal catur, tetapi bisnes..hehe. dia pun seorang bisnessman yang begitu bersemangat. Dia memang seorang yang berprinsip. Bgus. Dia x nak bekerja untuk orang lain tetapi bagi kerja kat orang lain. Hahaha. Bgus2!! Aku ada Tanya dia tentang keadaannya sekarang sbb sudah lama aku x contact dia. Dia ckp dia berhenti skejap buat bisnes sbb nak focus pada study. Dulu dia ada ajak aku jadi partner dia jual software catur tp masa tu hatiku masih lagi belum terbuka nak buat bisnes. Tp skg dia ada plan nak buat mega construction. Dia telah berpakat dengan 2 orang kawan dia. Sorang budak civil engineering dan sorang lagi business admin. Mmg gler ar dia ni. Aku pun takut nak buat projek besar-besar pada usia muda ni. Dia cakap dia nak bukak syarikat pasal benda ni n dia ada ckp yang dia memerlukan seorang akauntant dan lawyer. Haha pastu dia ajak aku jadi akauntant syarikat dia.. haha. Rezeki jangan ditolak.. aku accept jer… cuti ni kitaorang nak jumpa.

Sebenarnya aku nak Tanya dia tentang perniagaan internet memandangkan aku berminat gila dgn internet ni. Try bayangkan kita bukak friendster ataupun facebook hari2 tetapi kita bazirkan masa dgn benda tu sahaja tanpa faedah. Tapi aku ada piker yang buat bisnes kat intetnet ni mmg best sbb sambil layan facebook kita boleh buat duit kan..haha. tapi kawan aku plak offer jadi partner dalam syarikat dia. Aku terus grab la…!!! Insyaallah, projek ni akan berlangsung setahun lagi. Lagi pun ekonomi sekarang pun ngah lembab gila.. insyaallah, aku akan cuba sedaya upayaku…hahaha.. moga2 rezeki ku akan terus bertambah walaupun tahun ini boleh dikatakan tahun kegagalan aku. Sbb banyak benda yang buat aku kecewa dan aku gagal….. Ya ALLAH, Kau tambahkanlah rezekiku dan permudahkanlah segala urusanku akan datang… AMIN….

No comments:

Post a Comment