Wednesday, November 4, 2009

Cinta...

Wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah dipetik kerana ia akan gugur ke tanah. epal yang berkualiti berada di puncak... memang sukar untuk dipetik. terkadang epal itu risau, kenapa aku belum dipetik, lantas ia merendahkan martabat dan menggugurkan martabat dan diri ke bumi. sedangkan Allah jadikan dia tinggi martabatnya hingga tiada siapa yang berani memetiknya. hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. mungkin bukan didunia tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ilahi mengiringinya...

assalamualaikum, sajak diatas sebenarnya telah diberikan oleh seorang cikgu aku semasa aku ditingkatan 4. kalau ingin diceritakan tentang cinta, aku ingin menegaskan carilah cinta sejati dan bukan lagi cinta monyet. buat kawan-kawanku yang masih lagi single, tak usah risau. pasti kamu akan bertemukan jodoh. rasanya x usah lagi berkapel-kapel ni, betul-betul melalaikan. tetapi buat yang sudah berpunya, serlahkan kesetiaan anda. memamg banyak orang yang cantik dan kacak dalam dunia ini, tetapi sekiranya pasangan kapel mahupun suami isteri tidak mahu bercerai atau "clash", maka mereka mestilah menganggap bahawa pasangan mereka adalah yang paling cantik (bagi perempuan) ataupun paling kacak dan handsome ( bagi lelaki) atas dunia ni. camtu la baru kita dapat kekalkan hubungan.

berbalik kepada "epal" di atas, buat kawan2 ku yang masih lagi single, jadi lah seperti epal itu. mengikut pengalaman aku, aku x pernah lagi jumpa perempuan yang cantik tetapi x pernah lagi kapel. insyaallah, aku akan temuinya satu hari nanti.. sebab ape x jumpa? sbb mereka semua telah menggunakan kecantikan wajah mereka untuk ke arah tu.. ingatlah kawan2, semua yg ada pada kita ni hanyalah pinjaman. aku nak ajak korang semua berfikir. sebagai contoh, mamat A tu handsome giler...!!! tp kalau mamat tu sedar yg smua bnda tu bukan miliknya, smua itu hanyalah pinjaman, sy pasti dia tidak akan terjebak dlm kancah dunia per"kapel"an ni... dia tidak akan mendekati semua maksiat ni. biar pun perempuan secantik mana pn yg nal tackle dia, tetapi iman yg teguh mampu selamatkan dia.

suatu hari aku ada la berbual2 kosong dgn ustaz aku. tapi daripada bual2 kosong baik aku amik sedikit input dari ustaz tu. so aku
tanya la pasal bab2 kapel ni.. ustaz tu ckp, dalam islam sebenarnya tiada istilah kapel..ade ke kita baca sejarah Nabi Muhammad S.A.W yg ckp nabi sebelum bekahwin dia kapel dgn siti khadijah??? ade ke? sure la xde.. sebenarnya, ini semua adalah ideologi barat yang sedang berusaha untuk meruntuhkan akhlak umat islam secara beransur2... tu semua isltilah orang yahudi la... so, aku nak nasihatkan disini, sekiranya kita minat seseorang, itu tandanya kita manusia normal. tetapi yang jadi masalahnya cmana kita nak kawal n manage perasaan tu. itu yg ramai dari awal2 lg dah salah jalan. nak tau jalan yang betul, tanya ustaz masing2... aku bukannya ustaz, tetapi sebagai seorang insan yang berusaha untuk menyampaikan apa yg aku dengar dari ceramah2.

seboleh2nya, kaji dulu orang yg kita minat tu. dari segi agamanya, keturunannya, barulah kecantikan. kalau seseorang itu cantk giler, tapi hati busuk, confirm x tenang gak kita. kalau minat pun, biarlah just berkawan sahaja dulu. jangan gaduh2. senang xde orang nak marah or cemburu..kan? itu la.

ape beza kapel dgn kawan?
kalau kawan, kita gaduh pun boleh berbaik2 lg n xde istilah putus kawan..
tp kalau kapel, kalau clash ( sesuatu yang pastinya berlaku dalam setiap hubungan melainkan berkahwin) mungkin dia akan menjadi orang yang paling kita benci. x silap ari bulan jadi musuh!!!

aku ada ramai kawan. banyak gak kawan2 aku yg mengadu tentang pasangan mereka. rata2 nya jadi camtu la. bila clash dah jadi musuh utama...haha. tp ada gak yg aku jmpa bila clash jadi kawan baik. bagus la. it's all depend pada orang. semuanya bergantung pada cara dia berfikir...


yang baik datang daripada ALLAH, tang buruk datang daripada diri saya sndiri...wslm

3 comments:

  1. ak slh seorg y dah clash p msih baek..oooyeaahhh..hee..
    btw,nice post!

    ReplyDelete
  2. yer, bagus. kalau masing2 ada matlamat sendiri bagus la..

    ReplyDelete
  3. wow!
    sy sgt tertarik dgn post ni...
    bgus2.....
    keep it up!!!
    jadilah diri sndiri...

    ReplyDelete