Tuesday, November 17, 2009

Di sebalik Trip ke Port Dickson....


Bismillahirrahmanirrahim..



assalamualaikum kawan2.. dah lama aku x update blog aku ni.. kerana final exam dan juga busy dgn pelbagai benda tidak mengizinkanku menulis di blogku ini.. trip port dickson, fuhh, betul2 best la kawan2.. honestly lagi best dari aku beraya tahun ni.. keseronokan yang aku cari2 selama ini, rupa2nya hadir pada trip ni.. mmg best.. bukan sekadar pergi PD, tapi juga pergi ke rumah salah seorang kawan kitaorang, kak cik A.K.A Aqilah maarof... emmm. tapi kawan2, mesti ada benda yang kita pelajari sama ada direct ataupun inderect. sama juga cam aku. banyak benda yang aku belajar dar trip ni..



kak cik A.K.A Aqilah



ini kali pertama aku buat konvoi dgn rakan2. konvoi gi PD kali ini melibatkan 6 buah kereta. haha, mmg susah nak mengawal kesemua driver2 yg pro2 tu. bila terlepas satu keta, dah kena berhenti nak bagi semua kumpul balik...haha.. sampai yg salah masuk lorong pun ade. sbb tu la perjlanan yang sepatutnya mengambil masa 2 jam dari shah alam ke PD menjadi 5 jam!!! haha, tapi xpe, kita smua telah belajar satu benda di situ, "kerjasama". alhamdulillah semua bagi kerjasama masa dalam perjalanan itu. bila ade yang sesat, ada orang yg tlg kol. guna kredit sendiri lak tu. bila nak topup, mintak aku...haha. tp betul la. walaupun ade yang bengang sesama sendiri sebab bawak kereta laju la sampai xleh nak follow, tapi tu smua benda biase la kn. semagat gi PD tu biar ade...ha3. em, dalam perjalanan tu, 2 buah keta telah sesat. ntah kemana. so bila roger2, janji nak jumpa kat tesco semenyih. lgpun serai utk barbe-q x ingat nak bawak!!










haha, ksian btol la kitaorang sesat smpai camtu skali... yg bestnye ptg tu lepas gi makan terus pergi mandi pantai... tp ade gak yang kuar bandar sbb nak beli barang2 yg diperlukan utk barbe-q.. mmg bosan la mandi ptg tu sbb x ramai yg turun sampai la ade geng2 cina yg ajak main permainan cam polo air tu... uish, best gler...haha. kutuk2 cina tu sambil main..haha. aku jadi goalkeeper n orang yg ditugaskan ntk jaga aku tu adalah abg cina tu.. aku sempat gak ar berbual2 dgn dia. dia seorang askar. dah 9 tahun jadi askar. dia ckp baik x payah jadi askar sbb susha nak naik pangkat. hmm. byk lg la aku berbual2 dgn dia n n byk ilham yg aku dapat bila berbual2 dgn orang yg lagi tua dr aku ni..haha




mlm tu aktiviti barbe-q... tau x, sbenarnya kita x boleh buat aktiviti barbe-q kat tmpat2 yg berbatu..lbih2 lg dkt dgn kwasan air. sbb tu first barbe-q kita tu x menjadi. secara fizikalnya, kita buat kat atas batu n batu tu lembab. sbb tu lambat arang tu nk bakar. mmg,secara halus plak, mmg aku ase ade bnda yg ganggu kita. mintak maaf la suh korang kutip botol2 n kayu2 kat tepi pantai tu... mmg x sepatutnya buat camtu..haha. ( x habis lagi ni, banyak lagi nak tulis. akan di update dari hari ke hari)








Saturday, November 7, 2009

Bagus ke Perniagaan M.L.M ni?

Assalamualaikum, pernah dengar x bisnes MLM? Rata2 orang yang ingin menjadi jutawan dengan cepat dan mudah tanpa perlu berusaha gigih biasanya akan menyertai bisnes jenis ini. MLM ni merupakan perniagaan yang memerlukan kita mencari downline eberape banyak mungkin. Makin banyak downline kita, makin banyak komisyen yang kita dapat.


Berkaitan dgn diriku pula, baru2 ini, ada seorang kawanku ajak aku untuk masuk perniagaan jenis MLM ni. Mula-mula aku mmg x berminat dgn perniagaan ini kerana aku tidak berminat bisnes yang memerlukan kita mencari orang2 ni…ha3. Tetapi setelah didesak, aku akur je la. Tapi aku x masuk pun, dia ajak aku dgr ceramah taklimat dari orang2 MLM ni… haha, aku dari awal2 lagi dah pasang niat x nak masuk benda ni walaupun dipaksa mcmana pun. Aku ingat nak bagi ceramah kat diaorang yang MLM ni banyak keburukannya.. tapi sesampai aku ke tempat diaorang, fuh!!! Banyak gila member2 yang melakukan bisnes ni. So aku simpan je la hasrat aku itu. So mlm tu aku dgr la ceramah diaorang… nak dekat 3 jam gak ar… habis ceramah tu aku pun cakap ar nanti aku pikirkan balik. Tetapi YaALLAH, diaorang paksa aku suh sertai bisness ni mlm tu jugak…!!! Nasib baik la prinsip hidup aku ni agak kuat gak ar… pas sorang2 pujuk aku suh masuk benda ni tp aku cakap x nak masuk mlm ni lagi. Tunggu la aku buat keputusan aku ckp. Aku nak kaji dulu bisness ni. Tu alasan aku. Aku mmg cmtu pun, nak decide sesuatu yang besar, x boleh terburu-buru.. kena tgk baik buruk dia jgk kan.. tp mlm itu, aku rasa aku la customer diaorang yang paling keras kepala (hahaha) dan menolak ttg bisnes tu.. aku datang dgn sorang lagi member target diaorang. Tp dia bila dah dengar, terus berminat dan sertai bisnes ni. tu ar. Bila lama2 diaorang oun give up ah dgn aku… hahaha


Sebenarnya kan, banyak keburukan daripada bisnes jenis ni.. salah satunya, perlu cari orang. Dah la cari orang pastu nak paksa2 suh masuk plak. Xkan tu smua x diajar dalam islam? Hbis tu nak suh orang masuk, guna modal “cara pendekatan cara nabi berdakwah”. Kepala hotak dia…!!! Nabi berdakwah pun xde la sampai nak paksa2 orang kafir masuk islam. “bang tolong bang masuk islam”, ada ke camtu? Ni nak paksa2 orang masuk bisness tu. Gila la guna cara pendekatan tu, salah tau. Jangan dibuat main2.. lagi satu, before aku buat keputusan nak sertai ke x bisness ni, aku ade la rujuk laman web ustaz zaharuddin ” www.zaharuddin.net - Multi Level Marketing Menurut Shariah”. Dalam laman web ni ada menyatakan bisnes jenis ni ada unsur2 riba dan juga syubhah. Betul tu. Pas aku baca laman web ni, baru lah aku buat keputusan untuk TIDAK menyertai bisnes ni.hahaha… baru tergerak hati aku nak buat keputusan. bisness kawan aku tu ada 2 sumber pendapatan, satu perniagaan laman web, macam bukak kedai kat internet dan satu lagi pendapatan komisyen hasil dari kita cari orang jadi downline kita. Bisness MLM yang kwn aku syorkan kat aku tu aku berminat tetapi aku berminat dgn perniagaan internet dan bukannya cari orang(downline)… tu ar.. masalahnya bisness tu main aktiviti dia cari orang, bukannya perniagaan internet.. adui, kalau perniagaan internet tu jadi aktiviti utamanya, dah lama aku sertai bisness tu.


Mmg aku x suka cari-cari orang ni. Sukar rupa-rupanya. Kawan-kawan aku ada yang masuk satu bisness lain, berbentuk MLM gak, diaorang semua nampak cam menyesal je… hmmm, nasib baik aku x terjebak… aku kesian kat kawan2 aku yang terpaksa nak hbiskan barang2 yang mereka kena beli bila nak join bisness ni. Dah la kena keluarkan modal banyak, pastu nak kena jual plak barang2 tu. bila hati dah give up, mmg x jalan la smua. Barang x terjual, nak cari downline pun malas...


Cadangan aku, buat mereka yang belum lagi terjebak dgn perniagaan ini, carilah kebenaran. Kaji dulu bisnes ni nature dia mcmana. Lagi satu buat yang beragama islam, mencari yang halal itu wajib. So kaji bisnes ni samada sumber pendapatan yang kita dapat tu halal ke haram. Jangan la pendapatan kita tu haram kerana x takut ke darah daging kita dibakar api neraka?? Sekadar mengingatkan je. Aku suggest korang baca la laman web ustaz zaharudin tu, www.zaharuddin.net - Multi Level Marketing Menurut Shariah. Dlm lmn web tu pun ada cakap, klau cari downline, kalau orang yang keseratus buat kerja, orang yang ke-2 tu pun dapat komisyen tanpa ada usaha, tu namanya riba tau. X caya baca dalam laman web tu. setiap hasil ada usahanya. Memang lah lumayan kalau buat bisnes ni. Siap boleh jadi jutawan lagi. Pastu beli kereta mahal2 n tunjukkan kat orang.huh, senangnya hidup. Tp kereta tu dibeli dgn duit halal ke? Sure halal? Fikirkan la. Honstly, aku x pandang pun orang camtu. Duit banyak mana pun aku x kisah la. Tu Dalam apa yang aku blaja pun ada cakap (entrepreneurship 300), islam x tgk hasil pada akhir bisness kita(Profit) tetapi juga tgk pada mcmana kita buat dan dapat profit tu. Lagi satu, ustaz tu pun cakap banyak perkara tidak jelas dalam perniagaan ni. Duit? Mana company tu dapat nak bagi komisyen kpd orang ke-2 walaupun orang ke 200 buat kerja??? Huh, aku nasihat nak buat bisness, buat bisness yang kita nampak barang yang kita jual. Contohnya, perniagaan burger “aku bagi ko burger, ko bagi aku duit”. Kan kita nampak duit tu cmana kita dapat. Ni kalau MLM, kita buat kerja pun kita dapat duit, kita goyang kaki pun kita dapat duit. X ke pelik tu?


Yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang buruk tu datang daripada diri aku sendiri. Apa2 yang pembaca nak argue aku x boleh nak buat apa2, sekadar menasihatinya. Yang dah terlibat, teruskanlah kalau anda rasa jalan anda diredhai ALLAH. Apa2 nak argue, rujuk dulu laman web ustaz zaharuddin. www.zaharuddin.net - Multi Level Marketing Menurut Shariah. Peringatan sekali lagi, jangan paksa2 orang dalam membuat perniagaan. Wallahualam…

Thursday, November 5, 2009

My own business...

Assalamualaikum. Kembali lagi aku dalam edisi hari ini. Entah bagaimana sejak akhir-akhir ini darah bisnes telah meresap ke dalam diriku. Aku terfikir-fikir bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku?? Haha… mungkin kerana aku telah berjinak-jinak berniaga topup di kolejku. Memanglah untungnya x seberapa tetapi tujuan utama aku berniaga bukan kerana untung. Sebenarnya aku berniaga topup ni sebagai permulaan untukku berniaga benda yang lagi besar.hahaha. orang cakap nak ambil “feel” dalam buat bisnes ni. Berniaga topup mmg untung kalau betul2 dibuat tapi aku x publishkan benda ni. Aku hanya berniaga dalam kalangan kawan-kawan aku jer. Tu pun dah dapat untung byk.. kalau aku publish kat kolej ni cmana?? Tapi tu la macam aku katakan tadi, berniaga topup ni sekadar nak amik “feel” berniaga sahaja, sekadar nak dapat mengalaman menguruskan perniagaan. Pada mulanya memanglah agak sukar melakukan bisnes ni kerana perlu pergi deposit duit tiap2 kali stock habis. Tetapi bila lama-lama benda yang sukar menjadi mudah. Mula-mula dulu aku guna modal seratus je. Huh, memang susah sebab 10 orang beli topup dah hbis da stok. So kena la pi deposit duit tiap-tiap hari.haha.tp skg modal dah meningkat dan senang skit nak uruskan perniagaan.

Hari ini aku terfikir untuk melakukan bisnes lain, yang memerlukan modal yang banyak n profit pun banyak la.. dalam financial accounting cakap, high risk, high return. tapi aku x dapat cari apa perniagaan itu. So aku contact la sorang kawan aku ni. Aklu kenal dia masa edu-camp di UTP tahun lepas. Dia merupakan idola aku kerana dia merupakan salah seorang orang besar catur di Kelantan. Haha, bagi mereka yang tahu, dialah yang dimaksudkan. Family dia smuanya orang kuat catur. Ish, aku x nak cakap pasal catur, tetapi bisnes..hehe. dia pun seorang bisnessman yang begitu bersemangat. Dia memang seorang yang berprinsip. Bgus. Dia x nak bekerja untuk orang lain tetapi bagi kerja kat orang lain. Hahaha. Bgus2!! Aku ada Tanya dia tentang keadaannya sekarang sbb sudah lama aku x contact dia. Dia ckp dia berhenti skejap buat bisnes sbb nak focus pada study. Dulu dia ada ajak aku jadi partner dia jual software catur tp masa tu hatiku masih lagi belum terbuka nak buat bisnes. Tp skg dia ada plan nak buat mega construction. Dia telah berpakat dengan 2 orang kawan dia. Sorang budak civil engineering dan sorang lagi business admin. Mmg gler ar dia ni. Aku pun takut nak buat projek besar-besar pada usia muda ni. Dia cakap dia nak bukak syarikat pasal benda ni n dia ada ckp yang dia memerlukan seorang akauntant dan lawyer. Haha pastu dia ajak aku jadi akauntant syarikat dia.. haha. Rezeki jangan ditolak.. aku accept jer… cuti ni kitaorang nak jumpa.

Sebenarnya aku nak Tanya dia tentang perniagaan internet memandangkan aku berminat gila dgn internet ni. Try bayangkan kita bukak friendster ataupun facebook hari2 tetapi kita bazirkan masa dgn benda tu sahaja tanpa faedah. Tapi aku ada piker yang buat bisnes kat intetnet ni mmg best sbb sambil layan facebook kita boleh buat duit kan..haha. tapi kawan aku plak offer jadi partner dalam syarikat dia. Aku terus grab la…!!! Insyaallah, projek ni akan berlangsung setahun lagi. Lagi pun ekonomi sekarang pun ngah lembab gila.. insyaallah, aku akan cuba sedaya upayaku…hahaha.. moga2 rezeki ku akan terus bertambah walaupun tahun ini boleh dikatakan tahun kegagalan aku. Sbb banyak benda yang buat aku kecewa dan aku gagal….. Ya ALLAH, Kau tambahkanlah rezekiku dan permudahkanlah segala urusanku akan datang… AMIN….

Wednesday, November 4, 2009

Cinta...

Wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah dipetik kerana ia akan gugur ke tanah. epal yang berkualiti berada di puncak... memang sukar untuk dipetik. terkadang epal itu risau, kenapa aku belum dipetik, lantas ia merendahkan martabat dan menggugurkan martabat dan diri ke bumi. sedangkan Allah jadikan dia tinggi martabatnya hingga tiada siapa yang berani memetiknya. hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. mungkin bukan didunia tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ilahi mengiringinya...

assalamualaikum, sajak diatas sebenarnya telah diberikan oleh seorang cikgu aku semasa aku ditingkatan 4. kalau ingin diceritakan tentang cinta, aku ingin menegaskan carilah cinta sejati dan bukan lagi cinta monyet. buat kawan-kawanku yang masih lagi single, tak usah risau. pasti kamu akan bertemukan jodoh. rasanya x usah lagi berkapel-kapel ni, betul-betul melalaikan. tetapi buat yang sudah berpunya, serlahkan kesetiaan anda. memamg banyak orang yang cantik dan kacak dalam dunia ini, tetapi sekiranya pasangan kapel mahupun suami isteri tidak mahu bercerai atau "clash", maka mereka mestilah menganggap bahawa pasangan mereka adalah yang paling cantik (bagi perempuan) ataupun paling kacak dan handsome ( bagi lelaki) atas dunia ni. camtu la baru kita dapat kekalkan hubungan.

berbalik kepada "epal" di atas, buat kawan2 ku yang masih lagi single, jadi lah seperti epal itu. mengikut pengalaman aku, aku x pernah lagi jumpa perempuan yang cantik tetapi x pernah lagi kapel. insyaallah, aku akan temuinya satu hari nanti.. sebab ape x jumpa? sbb mereka semua telah menggunakan kecantikan wajah mereka untuk ke arah tu.. ingatlah kawan2, semua yg ada pada kita ni hanyalah pinjaman. aku nak ajak korang semua berfikir. sebagai contoh, mamat A tu handsome giler...!!! tp kalau mamat tu sedar yg smua bnda tu bukan miliknya, smua itu hanyalah pinjaman, sy pasti dia tidak akan terjebak dlm kancah dunia per"kapel"an ni... dia tidak akan mendekati semua maksiat ni. biar pun perempuan secantik mana pn yg nal tackle dia, tetapi iman yg teguh mampu selamatkan dia.

suatu hari aku ada la berbual2 kosong dgn ustaz aku. tapi daripada bual2 kosong baik aku amik sedikit input dari ustaz tu. so aku
tanya la pasal bab2 kapel ni.. ustaz tu ckp, dalam islam sebenarnya tiada istilah kapel..ade ke kita baca sejarah Nabi Muhammad S.A.W yg ckp nabi sebelum bekahwin dia kapel dgn siti khadijah??? ade ke? sure la xde.. sebenarnya, ini semua adalah ideologi barat yang sedang berusaha untuk meruntuhkan akhlak umat islam secara beransur2... tu semua isltilah orang yahudi la... so, aku nak nasihatkan disini, sekiranya kita minat seseorang, itu tandanya kita manusia normal. tetapi yang jadi masalahnya cmana kita nak kawal n manage perasaan tu. itu yg ramai dari awal2 lg dah salah jalan. nak tau jalan yang betul, tanya ustaz masing2... aku bukannya ustaz, tetapi sebagai seorang insan yang berusaha untuk menyampaikan apa yg aku dengar dari ceramah2.

seboleh2nya, kaji dulu orang yg kita minat tu. dari segi agamanya, keturunannya, barulah kecantikan. kalau seseorang itu cantk giler, tapi hati busuk, confirm x tenang gak kita. kalau minat pun, biarlah just berkawan sahaja dulu. jangan gaduh2. senang xde orang nak marah or cemburu..kan? itu la.

ape beza kapel dgn kawan?
kalau kawan, kita gaduh pun boleh berbaik2 lg n xde istilah putus kawan..
tp kalau kapel, kalau clash ( sesuatu yang pastinya berlaku dalam setiap hubungan melainkan berkahwin) mungkin dia akan menjadi orang yang paling kita benci. x silap ari bulan jadi musuh!!!

aku ada ramai kawan. banyak gak kawan2 aku yg mengadu tentang pasangan mereka. rata2 nya jadi camtu la. bila clash dah jadi musuh utama...haha. tp ada gak yg aku jmpa bila clash jadi kawan baik. bagus la. it's all depend pada orang. semuanya bergantung pada cara dia berfikir...


yang baik datang daripada ALLAH, tang buruk datang daripada diri saya sndiri...wslm